Nabi SAW bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kuria daripada Allah SWT kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah s.w.t dari godaan sayaitan kerana binatang itu melihat syaitan" Hadis Abu Hurairah r.a. Sahih Muslim:4908

Hey, It's Friday!

Hacks! It's Friday guys and it's raining. I visited Bryan's Book Blog and interested in the The Friday 56 hosted by Storytime with Tonya and Friends. Here are the rules!


*Grab the book nearest you. Right now
*Turn to page 56
*Find the fifth sentence
*Post that sentence (plus one or two others if you like) along with these instructions on your blogs or (if you do not have your own) simply post to the comment section of Storytime with Tonya and Friends or this blog. (Malaysian readers if you want to post books in Bahasa Melayu)
*Post a link along with your post back to the blogs.
*Don't dig for your favorite books, the coolest, the most intellectual. Pick the closest.
Here's mine: The Time Traveler's Wife by Audrey Niffenegger, the 5th and several others on page 56.

"I mean I've never met any others." (5)

"We're doing what we often do when we have a little privacy, when it's cold out, when both of us are past puberty and haven't quite gotten around to actual girls yet." (22)

"I mean, I'm not gay or anything." (24)


That's all. Happy Friday! Ciao...........

Pagi Yang Gelap, Kini Dah Terang

Pagi ni bangun agak awal, selesai basuh baju azan subuh dah berkumandang. Dah lama tak bangun seawal ni, rasa macam best pulak. Selesai solat, aku belek Quran, sambung bacaan Surah alKahfi yang aku tak habis baca lagi. Sambung beberapa ayat lagi...sampai ayat ke 22, kelihatan seperti berkaitan dengan bilangan dan angka, aku pun terfikir..apa yang berkaitan dengan nombor2 ni ya? So, aku try la cari terjemahan ayat-ayat dalam surah alkahfi ni. Haa....baru aku teringat, rupanya ayat-ayat tu berkaitan dengan cerita Ashabul Kahfi. Dulu masa sekolah ada ustaz ceritakan. Tapi hari ni, bukan nak bercerita mengenai kisah Ashabul kahfi, tapi aku nak highlightkan dua ayat daripada surah ni yang buatkan aku rasa tertampar, pang! pang! kena batang hidung aku. So, ini sebagai pengajaran untuk diri aku dan geng-geng yang sebaya ataupun yang senior ataupun yang masih muda remaja. Ni ha..ayat yang aku maksudkan:-
Maksudnya: Dang janganlah engkau berkata tentang sesuatu (yang hendak dikerjakan), bahawa aku akan melakukan yang demikian itu, kemudian nanti.

"Ahh...nanti la aku buat lab report tu..main game dulu."
"Baju yang Lea suruh aku hantar ni nanti esok-esok ja la"
"Minggu depan ada CA, nota tak baca lagi... baca hujung minggu ni sempat kot.."

Aduh...Aku memang seorang yang suka bertangguh..nanti, nanti and nanti. Kadang-kadang tu nak mandi pun bertangguh. Pastu last-last minit baru la kelam kabut nak buat. Pastu dah...hasilnya pun, cincai ja. Haish! Padahal dalam ayat ni dah jelas dah, bertangguh tu di larang oleh Allah. Rasanya, kena berubah ni. kalau tak boleh banyak pun sikit-sikit OK jugak. Kata orang...sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sehari sehelai benang lama-lama jadi kain gak.. Haa.. OK la tu. Tengok ayat seterusnya lak..Maksunya: Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata), "InsyaAllah", Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan, Tuhanku akan memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Kadang-kadang, dalam duk sibuk-sibuk ni kita ada juga terlupa..tak ingat..dan sebagainya. Biasa lah tu. Jadi, bila kita terlupa tu..kita mohon la pada Allah, moga-moga lain kali dah tak lupa lagi. Tapi kes ni tak termasuk dengan kes buat-buat lupa. Ni..memang sah-sah nak lari dari tanggungjawab. Bukan kata kat orang lain, tapi kata kat diri aku sendiri la ni...haha! jangan diikut...jangan ditiru...yang buruk letak tepi. Ambil yang baik-baik buat amal.

"Cj, nanti ko tolong pergi meeting ngan si polan..si polan.. pukul sekian..sekian..bla..bla.."
"InsyaAllah............"

Apa maksud insyaAllah kat atas ni. InsyaAllah mals pergi atau insyaAllah, nanti aku pergi? Haa...kadang-kadang kita ni kan, salah tempat guna InsyaAllah tu. malam ni ada Qiamullail kat masjid, OK InsyaAllah aku pergi. Tapi perginya tak. Salah guna InsyaAllah ni. Minggu ni, nak journal-journal untuk research method! InsyaAllah....tapi 2 minggu kemudian pun takda apa pun lagi. Salah jugak guna InsyaAllah.. yang betulnya macam mana? InsyaAllah disertaakan dengan perbuatan..kalau kita terlupa, mohon la petunjuk Allah. jap lagi azahiri suruh kejutkan kalau dia tertidur, pukul 9.00 ada briefing ngan Dr. Kuppu. Harap aku tak lupa la..haha!

Rasanya cukup la kot..nak cakap banyak-banyak pun, bukannya ustaz. Tapi setakat nak berkongsi dan saling ingat mengingati rasanya tak salah. Matahari dah naik...hari baru yang lebih mencabar akan bermula!! haha...ayat tak boleh memblah! Apapaun have a nice day!! Ciao...

Merdekakah Aku?

Apa makna merdeka pada kita?

Situasi 1: Adik
Q: Adik, apa makna merdeka?
A: Merdeka dalam tv tu... Dia jerit. Mendeka! Mendeka! Mendeka!

Inilah generasi masa hadapan. Melentur buluh biar dari rebungnya. kain putih, kalau cantik coraknya cantiklah ia, kalau buruk coraknya...takda orang nak beli.


Situasi 2: Mat Tonggang Terbalik

Q: Apa makna merdeka?
A: Merdeka?! bagi gua r, bro! Merdeka ni bila gua bebas naik moto gua kat jalan raya.. race ngan member gua tengah-tengah malam sampai pagi. Kalau la polis lahanat tak kacau gua..gua dah merdeka r tu!!

Merdeka mat rempit macam ni la, undang-undang digubal untuk diikut..bukan untuk dilanggar. Silap-silap mereka pulak yang dilanggar atas jalan raya. Mati katak sia-sia ja. Broom!!sana..Broom!! sini.. mengganggu ketenteraman awam. Merdekakah dia bila mati di jalan raya?

Situasi 3: Gadis Jojol
Q: Cik Adik ni merdeka ka?
A: Merdeka la bang..kan dah 56 tahun kita merdeka.
Q: Ni baju nampak pusat terjojol ni fesyen apa?
A: Ni la gaya Posh bang..bini David Beckham tu. I

merdeka baru 52 tahun dik oi...Aduh...rosak gadis kita, gaya barat diagungkan. Memang la sekarang ni dunia globalisasi, tanpa sempadan, terbuka dan bla bla....tapi bukan maksudnya pakaian pun kena buka sana sini. Benda yang tak sepatutnya nampak dinampak-nampakkan. Bila jadi kes rogol mula lah nak tuding jari kat orang lain. Merdekakah dia bila dah terpalit noda?

Situasi 4: Rumi Juli
Q: Apa maksud merdeka bagi korang?
A: Merdeka tu bang, bila Pegawai Agama tak ganggu "Projek Mega" kitorang. Tu la makna sebenarnya kebebasan bang!!

Larangan agama pun dah tak dihiraukan dah, asalkan Projek Mega diorang yang mendapat modal pembinaan daripada Nafsu dan Syaitan tak terbengkalai dan boleh diteruskan, tak ada apa dah nak difikirkan lagi. Tapi bila projek dah jalan, hasil pun dan memboyot.. produk-produk yang diorang hasilkan direject ke longkang, tong-tong sampah, dan magkuk tandas. Merdekakah mereka bila amanah Allah diabaikan?

Apa yang aku nak highlight kat sini, dalam kalangan remaja kat negara kita masih ramai sangat yang tak betul duduknya. Mereka sudah lupa adab, adat, dan agama. main redah ja semua. Kita tak boleh nafikan yang semua ni merupakan pengaruh daripada barat. Diorang dah tak guna tentera dah untuk jajah kita. dah tak guna peluru pun. tapi apa yang mereka guna ni boleh bagi kesan lagi parah kepada rakyat kita. Strategi diorang untuk musnahkan remaja-remaja kita, termasuklah aku. sebab diorang tahu, kita ni aset penting untuk masa depan negara kita. So, musnah kita..musnahlah negara Malaysia pada masa akan datang. Merdekakah kita? Merdekakah Aku? sama-sama kita muhasabah diri..Ciao..

PaMa, I Love U

Tengah duk serabut otak "study" dan menyiapkan kerja sekolah yang tak siap-siap lagi ni, aku amik masa tuk "rileks" sikit. Haha...padahal dah "rileks" banyak sebenarnya aku ni. Aku pun cari lah lagu-lagu yang boleh menenangkan jiwa aku, biar bagi ringan sikit otak. Jadi aku pun ter"download"lah lagu-lagu Aeman. Dua lagu yang membuatkan aku sayu sehingga hampir-hampir nak menitiskan air mata adalah lagu Ayah dan Untukmu Ibu. Siot betul la budak-budak Aeman tu...nyanyi lagu sedih. Huh? Korang gelakkan aku sebab nak nangis? Apa? Ingat lelaki tak boleh nangis ka? Lelaki pun ada perasaan gak. Tak kan nak "control macho" ja sokmo..haha! Ni ha lirik lagunya..layan.


Ayah

Artist: Aeman
Ketika kejauhan masihku ingat
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamirkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sedirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidupku ayah tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat di hati.....

..........


Buatmu Ibu

Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andai pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana....


Bagus jugak lagu-lagu ni. Tak ada la aku lalai ja kat sini. Boleh sentiasa ingat kedua orang tua kat umah kan. Korang pun, ingatlah ibu bapa kita kat rumah. Harapan mereka sangat tinggi kat kita ni. So, all the best semua. Aku nak gi mandi...hari ni ada CA Research Method!

P/S:
Semoga roh ayahanda, Che Ismail bin Jusoh sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, Amin.... - Al-Fatihah-
Bonda tercinta, harap sihat-sihat selalu. I love U mom...
Ada buat ujian personaliti, ni resultnya...


Click to view my Personality Profile page

Haha!! Betul ka tak aku tak tahu..tapi dah resultnya macam tu, betul la tu.. Ada masa cuba lah.. Ciao..

The Paths of Glory

Salam untuk semua...Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasa sangat terima kasih kat Allah sebab ada nyawa lagi untuk bertemu Bulan Ramadhan. Puasa ka semua? Hahaha.. biasa la kan, ada yang boleh puasa, ada gak yang keuzuran dan ada gak yang buat-buat uzur. Apapun selamat menjalani ibadat puasa. Jalur gemilang dah naik belum? hah....sekarang ni dah bulan merdeka..tahun ke-52 Malaysia merdeka. Tapi kenapa macam tak ada suasana merdeka? Mungkin saranan PM bersederhana dalam sambutan merdeka, bertepatan dengan bulan Ramadhan. OK la tu..

Alright! Kali ni bukan nak cakap pasal puasa ataupun pasal patriotisme, tapi nak kongsi dengan korang semua tentang buku yang paling latest aku dah habis baca. Sebuah novel Jeffrey Archer berjudul Paths of Glory. Ini merupakan buku pertama Jeffrey Archer yang aku baca.


"HE LOVED TWO WOMEN.....AND ONE OF THEM KILLED HIM"

Paths of Glory, bila aku terbaca ayat di atas ni..yang ditulis di muka depan buku ni, aku mula terfikir adakah buku ni mengenai kisah pembunuhan? ataupun penyiasatan misteri? Dengan soalan-soalan ni lah membuatkan aku membeli Paths of Glory. Tapi bila aku belek helaian demi helaian, dari satu muka surat ke muka surat yang lain, memang salah jangkaan aku. George L. Mallory, sangat minat dengan aktiviti pendakian gunung. Dia dah tawan banyak puncak gunung dan tak kurang juga beberapa menara tinggi antaranya Eiffel Tower, Paris. Mallory mempunyai satu impian yang sangat besar iaitu nak tawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest. Sebelumnya tak ada lagi manusia yang pernah sampai puncak tu. Mallory bertemu cinta dengan Ruth yang akhirnya menjadi Mrs. Mallory. George telah menyertai Ekspedisi Everest yang pertama bersama dengan George Finch, Guy dan beberapa orang lagi. Tapi Ekspedisi pertama berakhir dengan tragedi. Beberapa tahun berikutnya, dia diajak lagi untuk Ekspedisi Everest ke-2. namun terperangkap antara cintanya terhadap Ruth dan cintanya terhadap Everest ( the two women), dia menolak tawaran itu walaupun hatinya berkobar nak ikut sama. Ruth, walaupun dengan sangat berat hati akhirnya membenarkan George memenuhi impiannya. berdiri di puncak tertinggi dunia. Adakah Ekspedisi ini berjaya? apakah nasib george dan 'team'nya? korang baca la sendiri...
......
"Some people have dreams that are so outrageous that, if they were to achieve them, their place in history would be guaranteed. Francis Drake, Robert Scott, Percy Fawcett, Charles Lindbergh, Amy Johnson, Edmund Hillary and Neil armstrong are among such individuals. But, if one man had such a dream and, when he'd fulfilled it, there was no proof that he had achieved his ambition?

Paths of Glory is the story of such a man. But not
until you've turned the last page of this extraordinary novel, will you be able to decide if George Mallory should be added to this list of legends, because he were, another name would have to be removed" -publisher-
......

Tak sabar nak baca buku Jeffrey Archer, A Prisoner of Birth. Hopefully, my sis will post to asap. Hahahaks!! Ciao....

Blog Widget by LinkWithin

Who's CJ

My Photo
cj'alhafiz
"Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you" - Wally 'Famous' Amos
View my complete profile

CJ's Blog

My Life as a good for nothing guy..aha!!
website-hit-counters.com
Please visit website-hit-counters.com for a free hit counter.

CJ's Followers